"Sticky Mode until 28/11/09...New Entry Scroll Down lor!"
percaya pada satu perkara, sebenarnya kita sendirian di sini. di bumi ini (wah2! i dah masuk entri sepi, sunyi neh. bahaya!) kadang2 kita cuba untuk berpura2 bahagia. berpura2 kuat. berpura2 bertahan.
tiada apa yang perlu disalahkan. tiada siapa yang perlu dipersalahkan. berbalik pada hati kita. sejauh mana kita membawa rasa sunyi itu pergi. (ouh, enough with all this dramas!)
mari kita pergi kepada perkara utama entri kita hari ini. ianya berkaitan dengan contest. contest di sana-sini. perghhhh contest baby comel, contest birthday, contest berpuisi (macam pernah dengar jer???), contest puji-memuji (pada yang Maha Esa, ader?), contest bertudung dan sebagainya.
oke2, adekah anda mendengar ura2 yang cik ian perasan comel ini ingin membuat contest? (walaupun poketnya kering, tapi hatinya tidak. oke!) eh2, itu semua tiada hal. tapi contest ape yang best ekh? sabar, yang! daku tak cakap pun nak wat contest, kan?
oke, bersedia dengan pen dan kertas? (eleh, nyampah!)
Tema: Tulisan Cantikku
Tarikh Operasi: Sehingga 28/11/2009
Masa: Sehingga pukul 11:11 Malam
Syarat-syarat:
- Tak semestinya pengikut (baca: followers)
- Yang penting bukan orang yang baru ku kenali. Anonymous dan silent reader, DIHARAMKAN! (eh, tetibe jer menang. kenal tak pun. belanja ler kopi dulu secawan.)
- Tidak menggunakan typewritter, glitter graphis, atau apa sahaja yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan huruf blok.
- Apa yang penting kerjasama! (eh2, bukan la!) apa yang penting tulisan asli dari jari jemari kamu yang mulus (kasar sikit pun takpe, mana tahu ade pekerja buruh kasar!)
- Anda hanya perlu menulis di atas sehelai kertas PUTIH dan terkandung perkataan ini sahaja: "blog cik ian: it's not my fault"
- Tidak kira sebiji mcm ukiran awan larat atau teknik apa pun, yang penting menghasilkan tulisan, bukan gambar grafitti mengarut. (ekekeke demand nampaknya di situ)
- ambil gambar dan emailkan di lian84_no@yahoo.com (jangan email surat cinta, aku tak layan!)
- Hadiah? tak boleh ker kalau aku berahsia??? yang penting kena lihat dulu siapa pemenang Tulisan Cantikku ini. lelaki atau perempuan. (tak kan tetiba nak kasik teddy bear pada lelaki kot? lainlah macam Ah Fatt. lalala...)
- Nak masuk, masuk. Tak nak masuk, yer wes!
- Pemenang diumumkan pada 30/11/2009.
oke, adios amigos. malas nak mengarut lagi. dah2 contest dah bermula dah dari saat aku publish entri neh. sukati koranglah nak wat ape. tapi jangan membebel bukan2 nanti. (rimas aku, dowh!)
.cik♥ian.
Assalamualaikum, halohalo. ada yang membaca ker? terima kasih dulu, ya! baca2, kumen2 (dengan memilih rempah kari pelbagai rasa dari Alaggapas) dan klikklik nuffy. termalam eh, terpagi pula update entri. oh ya! ada cerita yang tak best... (huhuhu sedih dulu. amik tisu neh!)
tadi, petang, lepas tertunai kerja2 menaip di sekolah, ada mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 bersama dengan pihak PPD Kulai. sedih sebab tahun hadapan kuota untuk GSTT adalah di bawah kelolaan JPN dan diadili oleh Pengetua2 sekolah. bermaksud, akan diadakan semula sesi interview (parah ouh penginterview adalah Pengetua dari pelbagai sekolah)
"tak boleh nak ramal soalan bocor oke!"
apa yang pasti kena mantapkan diri dengan pengetahuan asas sebagai seorang guru. blegh! (i nanges dalam hati neh!) tak pa la. ada rezeki, dapatla. tak da rezeki, ku pulang ke kampung, tanam kacang. haisho, kena plan neh nak cari kerja kosong.
"eh, tempat korang2 ader keje kosong tak? dengan basic+elaun=myr2201.80?"
kalau ader, silerlah inform padaku. tak leh blah oke! (bajet nak gaji cekgu-cekgi jugak?) sumpah aku kena rijek awal2. miyahahaha... Ajula, jom kita merantau sampai ke Timor Leste. tiada apa yang best di sini. sungguh! (ada family, friends dan narin, kan? kan? kan?) kenapa nama narin di hujung sekali neh? sumpah ianya tak comel!
ceh, tak bersyukur kau cik ian! sedangkan nak pergi jauh sikit macam Melaka pun, mak dah macam turunkan watikah hitu hini, ini lagi mau sampai Timor Leste. verangan verangan! tensen2 baik pi sopink! (tetiber masuk topik sopink neh apesal?)
sumpah, aku tatau mahu beli ape. dah tak terer nak pilih2 baju, godek2 kasut, intai2 aksesori. sangat blegh! kenapa ya? aku dah hilang seni menilai barangan ker? ker saje mahu tunggu sopink dengan narin? (wewewewe lambatnya mahu hujung bulan neh)
sudah janji mahu jumpa dan sopink saja dengan dia. till then, bai bai pals!
harap maklomkan jiran2 tetangga.
.cik♥ian.
ajari aku tentang dia,
sang perindu.
ajari aku tentang dia,
saat kaki tersadung batu,
dalam langkah menghitung kasus waktu.
ajari aku tentang dia,
bunga-bunga kata yang merdu,
yang ingin kau dengar, puja, dan
yang kau mahu.
ajari aku tentang dia,
yang selalu di situ,
memerhati tingkah dan laku,
memberi sedetik waktu,
cuba,
memahamiku.
ajari aku tentang dia,
sebelum aku melukut malu.
jangan marah aku bermadah pepagi buta neh. sesaje. mood sedang baik.
buat dia yang dekat di hati, i heart you!p/s: lesen kete dah dapat. yay! sekarang saya pemegang lesen [P] bagi kelas B dan D yang comel prasantan!